Kitab-kitab Terpenting Syi‘ah Disembunyikan

Walaupun ulama-ulama kita dahulu tidak menemui kitab-kitab terpenting Syi’ah seperti Tafsir Al Qummi, Hayatu Al Qulub, Al Kafi, dan Awa’ilu Al Maqalat, dan mereka hanya menemui kitab-kitab yang kedudukannya tidak setinggi kitab Al Kafi dan kitab-kitab yang tersebut di atas, namun begitu berdasarkan sebuah dua kitab yang ditemui, mereka telah menulis berjilid-jilid kitab untuk menjawab tuduhan yang ditaburkan oleh golongan Syi’ah di dalam buku-buku tersebut. Umpamanya Al Imam Ibnu Taimiyah telah menulis kitab Minhaju As Sunnah (sebanyak 4 jilid) semata-mata untuk menjawab sebuah buku Syi’ah yang telah sampai ke tangan beliau yaitu Minhaju Al Karamah.

Dari tulisan-tulisan beliau dan juga tulisan-tulisan ulama lain sebelum dan selepas beliau, kita dapat mengetahui bahwa kitab-kitab penting Syi’ah tidak sampai ke tangan mereka. Walaupun begitu berdasarkan beberapa buah buku Syi’ah dan pemahaman-pemahaman Syi’ah yang disebarkan dengan cara yang lain secara diam-diam, mereka tidak ragu untuk mengkafirkan Syi’ah Imamiyah.