Beberapa waktu setelah tercetusnya revolusi pimpinan Khumaini di Iran, ulama Islam mendiamkan diri untuk memerhatikan baik Khumaini dan kerajaan di bawah pimpinannya akan mengatakan apa yang sering mereka gembar-gemborkan melalui ucapan-ucapan atau buku-buku yang disebarkan ke seluruh dunia bahwa Revolusi Iran adalah revolusi ummat Islam sekalian, Iran tidak mementingkan golongan, revolusi pimpinan Khumaini membawa perpaduan kepada ummat Islam, Revolusi Iran mau menghapuskan segala perbedaan mazhab, ia mau meletakkan ummat Islam semua di bawah panji-panji Islam, selama ini penjajah dan musuh-musuh Islam saja yang mengadu-dombakan ummat Islam atas nama Syi’ah dan Sunnah dan sebagainya, padahal mereka sebenarnya adalah ummat yang satu yang percaya kepada Allah, rasul dan hari kemudian, berkiblat ke Ka’bah, bershalat, berpuasa, mengerjakan haji ke tanah suci, berzakat dan lain-lain. Jadi, sudah sampailah masanya ummat Islam bersatu di bawah satu pimpinan untuk menentang musuh Islam yang sebenarnya yang terdiri dari golongan mustakbirin Amerika dan kaki-tangannya.
Pada saat itu, ulama-ulama Islam terbagi kepada dua golongan. Satu golongan tetap tidak mempercayai kata-kata manis yang diucapkan oleh tokoh-tokoh Iran karena dalam masa yang sama mereka menemui buku-buku yang diterbitkan dan disebarkan oleh Bagian Penerbitan dan Penerangan Iran sendiri yang memuatkan ‘aqidah-’aqidah dan ajaran-ajaran Syi’ah sama seperti yang tersebar beberapa abad sebelum revolusi. Buku-buku Khumaini sendiri, umpamanya, jelas menunjukkan pertentangan di antara apa yang disuarakannya dengan apa yang tersimpan di dalam hatinya. Walaupun beliau seorang tokoh politik yang selalunya lunak ketika berhadapan dengan orang-orang yang tidak sepemahaman dengannya tetapi karena kesetiaannya yang terlalu tinggi terhadap ‘aqidah dan ajaran Syi’ah, beliau tidak dapat menyembunyikannya di dalam tulisan-tulisannya.
Satu golongan lagi dari ulama Islam terus menelan apa yang diluahkan oleh pemimpin-pemimpin Revolusi Iran itu tanpa teringat lagi kepada kitab-kitab ulama terdahulu dan tanpa mengkaji buku-buku terbitan kerajaan Iran dan ulama-ulamanya selepas revolusi. Ini hanya terjadi karena mereka terlalu bersemangat dengan keberhasilan Revolusi Iran pimpinan ulama. Kitab-kitab yang menggambarkan hakikat ajaran Syi’ah di celah-celah buku terbitan Iran selepas revolusi dan yang disebarkan oleh kerajaan Iran telah ditolak oleh golongan ulama ini dengan anggapan kitab-kitab itu telah dicetak dan diedarkan oleh musuh Islam yang terdiri dari agen-agen Amerika seperti Arab Saudi, Iraq, dan lain-lain. Sambil memejamkan mata, mereka menolak semua kitab-kitab Syi’ah yang memuatkan caci-maki dan pengkafiran terhadap para Shahabat dengan mengatakan bahwa Iran sekarang berlainan Syi’ah-nya dari Syi’ah dahulu. Pada hakikatnya, golongan ulama ini telah di-brainwash oleh tokoh-tokoh Iran yang selalu menampakkan kemesraan dengan ulama-ulama Ahlus Sunnah dan menyatakan hasratnya untuk menyatupadukan ummat Islam sedunia.
Kepada ulama-ulama seperti ini, tidak berguna semua kitab yang ditulis oleh tokoh-tokoh ulama Ahlus Sunnah untuk menentang Syi’ah di zaman dahulu dan tidak berguna juga semua kitab ulama-ulama Ahlus Sunnah di zaman sekarang karena mereka terus akan menuduh golongan ulama yang coba menjelaskan hakikat ajaran Syi’ah kepada masyarakat sebagai upahan Arab Saudi atau telah menjadi agen Amerika.
Walau bagaimanapun sekarang hakikat Syi’ah semakin terjelas dan diketahui umum. Walaupun ada golongan ulama yang telah menaruh kepercayaannya kepada tokoh-tokoh pemimpin Revolusi Iran, namun ulama-ulama Islam yang sadar akan tanggungjawabnya tidak putus-putus membuat kajian tentang Syi’ah dan akhirnya menjelaskannya untuk tatapan umum, walaupun penjelasan ini dirasakan amat berat oleh segolongan masyarakat di setiap tempat. Untuk menjelaskan hakikat Syi’ah termasuk sebelum dan selepas revolusi, mereka masing-masing telah menulis kitab-kitab atau risalah-risalah tersendiri.
Di sini saya akan daftarkan nama-nama tokoh Ahlus Sunnah yang telah menulis tentang Syi’ah selepas revolusi bersama nama kitab-kitab mereka:
1. Ustaz Ihsan Ilahi Zahir
Beliau adalah pengkaji yang tidak ada tolok bandingnya di zaman kini, terutama tentang firaq dan adyan. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan Syi’ah Imamiyah Itsna ‘Asyariyah. Buku-buku beliau itu ialah:
- Asy Syi’ah Wa As Sunnah yang ditulis 10 tahun sebelum revolusi sebagai jawaban kepada kritik Lutfullah Ash Shafi terhadap buku Syaikh Muhibbuddin Al Khatib bernama Al Khututu ‘Aridhah.
- Asy Syi’ah Wa Ahlul Bait
- Asy Syi’ah Wa Al Qur’an
- Asy Syi’ah Wa At Tasyayu’ Firaqun Wa Tarikh
- Ar Raddu ‘Ala Ad Duktur Ali Abdul Wahid Wafi Fi Kitabihi Baina Asy Syi’ah Wa Ahli As Sunnah. Buku ini ialah sebuah kritik beliau terhadap Dr. Ali Abdul Wahid Wafi dan orang-orang yang terpengaruh dengan usaha-usaha pendekatan antara Ahlus Sunnah dan Syi’ah yang disponsori oleh Dar At Taqrib.
2. Ustaz Sa’id Hawwa
Seorang tokoh Ikhwan Syria yang terkenal, juga telah menulis sebuah risalah bagi menentang ajaran Syi’ah bernama Al Khumainiyah Syuzuzun Fi Al ’Aqa’id Wa Syuzuzun Fi Al Mawaqif.
3. Maulana Muhammad Manzur Nu’mani
Seorang tokoh ulama di India yang terkenal telah menulis sebuah buku untuk menentang ajaran Syi’ah dahulu dan Syi’ah di bawah pimpinan Khumaini. Bukunya itu bernama Irani Inqilab Khumaini Aur Syi’iyat. Buku ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Dr. Samir Abdul Hamid Ibrahim dengan nama Ats Tsauratu Al Iraniyah Fi Mizan Al Islam.
4. Syaikh Abu Bakar Jabir AI Jaza’iri
Seorang tokoh ulama dan waa’iz di Masjid Nabi telah menulis sebuah risalah tentang Syi’ah setelah membaca hanya sebuah buku Al Kafi saja dan beliau telah dapat membuat keputusan bahwa Syi’ah Imamiyah Itsna ‘Asyariyah terkeluar dari Islam. Risalahnya itu bernama Haadzihi Nashihati Ila Kulli Syi’iyin.
5. Dr. Abdullah Muhammad Al Gharib
Beliau telah menulis sebuah buku yang menyorot sudut sejarah, ‘aqidah dan politik Syi’ah yang mencetuskan revolusi di Iran. Buku beliau itu bernama Waja’a Dauru Al Majus.
6. Muhammad Malullah
Beliau telah menulis beberapa buah buku tentang Syi’ah dan penyelewengannya: Asy Syi’ah Wa Tahrifu Al Qur’an, Asy Syi‘ah Wa Al Mut‘ah, dan Naqdu Walayati Al Faqih.
7. Maulana Muhammad Nafi’
Seorang muhaddits dari Pakistan telah menulis beberapa buah buku untuk menjelaskan kekacauan pemahaman Syi’ah dan penyelewengannya dalam memahami fakta sejarah, Al Qur’an dan Al Hadits. Buku-buku beliau bemama: Ruhamaa’u Bainahum, Hadits Tsaqalain, dan Aqriba Nawazi.
8. Maulana Muhammad Nazim An Nadwi
Telah menulis sebuah buku bernama Syi’iyat Kia He.
9. Dr. Muhammad Yusuf An Nagrami
Juga telah menulis sebuah buku untuk menilai ajaran dan pemahaman Syi’ah Imamiyah Itsna ‘Asyariyah. Buku itu bemama Asy Syi’ah Fi Al Mizan.
10. Syaikh Abdul Sattar At Tunsawi
Beliau ialah seorang tokoh ulama dari Pakistan. Buku beliau untuk menjelaskan kebatilan ‘aqidah Syi’ah bernama Butlaanu ‘Aqa’idi Asy Syi’ah.